Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Wednesday 2 May 2012



Hari ini pengetua Hj Norlea ada menceritakan perihal kehebatan ilmuan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz. Beliau meminta semua pelajarnya mencontohi keperibadian tokoh ilmuan Negara kita .Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Jasa utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

• Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara(Mapen) II.
• Pencetus idea penubuhan 
- Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad(Angkasa)
- Universiti Malaya 
- Akademi Islam
- Pusat Asasi Sains
- Pekanbuku.

 Amalan Profesor Diraja Ungku Aziz  adalah seperti berikut:

Makanan:
Sarapan yang diamalkan sejak berpuluh tahun ialah 4 biji kurma dan jambu batu. Kalau tiada jambu batu epal pun boleh. Nasi hanya dimakan sekali sehari pada waktu tengah hari. Waktu malam hanya makan ringan seperti sup.

Senaman:
Sebelum ni setiap hari wajib joging selama sejam. Tetapi setelah dinasihatkan doktor pada umurnya sekarang, dia hanya berjalan turun naik bukit selama sejam sehari.

Membaca:
Untuk pastikan otak terus cergas berfikir dan tidak nyanyuk, Profesor Diraja Ungku Aziz akan membaca buku yang mampu mencabar mindanya setiap hari.

Nasihat pengetua 
-pelajar harus mencontohi amalan 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...