Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Monday 9 April 2012

Bicara Pengetua....



Pada Isnin (2 April 2012) yang lalu, Pengetua SMK Pendeta Za'ba telah berkongsi cerita tentang kegigihan pengasas KFC. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman colonel ini banyak mendidik pelajar -pelajar PZ supaya berusaha gigih bagi mencapai sesuatu kecemerlangan . Menurut Pengetua pemilik ini mencapai kejayaan  untuk menjadikan produknya terkenal ketika ia berumur 65 tahun.Jadi beliau berharap  semua pelajar terus berusaha untuk mencapai kejayaan .

Kisah KCF



Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialahPepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Mesej;-
  1. Kejayaan tidak datang dengan mudah.
  2. Setiap manusia mempunyai potensi.
  3. Bina cita-cita dari awal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...