Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Wednesday 18 April 2012

Konsep Sekolah Penyayang

Bicara Pengetua


Konsep Sekolah Penyayang


Pada 16 April 2012....Pengetua PZ telah menceritakan tentang konsep sekolah Penyayang. Bagi beliau Sekolah Penyayang mampu melahirkan masyarakat penyayang. Konsep ini diterapkan untuk menjadikan semua warga sekolah memahami bahawa masih ada orang yang sayang pada mereka.Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai masalah yang ditimbulkan dalam kalangan pelajar.Antaranya ponteng sekolah ,buli ,melakukan vandalisme dan bercinta.hal-hal sebegini boleh menyebabkan  pelajar tersebut tidak mendapat memberi tumpuan dalam pelajaran. Jesturu itu Beliau berharap dengan program Penyayang ini dapat membantu pelajar yang bermasalah memahami semua warga sekolah ingin membantu mereka.


Menurut Duke Amiene 2007,Sekolah Penyayang membawa maksud sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah yang indah, mesra dan tenang.


Konsep Sekolah Penyayang mempunyai ciri-ciri  seperti berikut:-



  1. Berpengamalan budaya ilmu dan perhubungan kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan masyarakat penyayang dalam instisusi pendidikan. 
  2. Memupukan dan mendedahkan kepada pelajar mengenai soal-soal masa depan .
  3. Timbulkan sifat keprihatinan guru terhadap kebolehan dan keunikan setiap pelajar di sekolah. 
  4. Memdorong  Guru untuk belajar dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mendidik pelajar .
  5.  Pihak pentadbir  memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolah. 
  6. Pengetua memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika serta mengurangkan tekanan yang menghalang pelajar mahupun warga sekolah untuk hadir ke sekolah. 

Kesimpulannya....marilah kita sama -sama berusaha untuk menjadikan sekolah kita mempunyai iklim penyayang.Pepatah ada mengatakan kalau kita menyayangi orang  lain ,orang lain akan menyayangi kita juga.....fikir-fikirlah kawanku semua.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...