Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Saturday 21 April 2012

Sekolah Ganti & Perasmian Minggu PPDA

Pada hari Sabtu ,21 April 2012..SMK Pendeta Za'ba bersekolah sempena Sekolah Ganti Aidil Adha. Pada jam 8 pagi,pelajar-pelajar dikumpulkan di perhimpunan sekolah dan di kehendaki masuk ke dalam dewan untuk membaca Surah Yaasin. Bacaan Surah Yaasin ini diketuai oleh Ustaz Sophian. Seusai membaca Surah Yaasin ini,pelajar-pelajar mendengar sedikit tazkirah dan kuiz agama daripada Ustazah Rahimah.
 




Tazkirah yang disampaikan oleh ustazah rahimah





Pelajar-pelajar mendengar tazkirah dengan khusyuk..

                                                                     



P              K
E              U
L               I
A              Z
J                
A              A
R              G
                 A
M             M
E              A
N
J
A
W
A





Selain itu,pelajar juga turut disajikan dengan slot bercerita Bahasa Inggeris. Slot bercerita ini,berjaya menarik minat pelajar. Slot ini disampaikan oleh Puan Hajah Badariah dan pengajaran untuk cerita slot Bahasa Inggeris ini dinyatakan oleh Puan Hajah Norlia iaitu Pengetua SMK Pendeta Za'ba. " Ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita dan ilmu juga yang akan menentukan masa hadapan kita", kata Pengetua. 

Di samping itu,minggu ini juga merupakan Minggu PPDA. Puan Hajah Norlia telah menyampaikan sepatah dua kata dan sekali gus merasmikan Minggu PPDA. 

Akhir sekali,pelajar-pelajar dan guru-guru berasa amat gembira dan terhibur dengan apa yang telah dirancangkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sempena Minggu PPDA ini. Saya berharap agar pelajar-pelajar SMK Pendeta Za'ba  rajin belajar dan ingatlah bahawa ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita. Dan ilmu juga yang akan menentukan hala tuju kita.




 


















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...