Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Wednesday, 2 May 2012



Hari ini pengetua Hj Norlea ada menceritakan perihal kehebatan ilmuan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz. Beliau meminta semua pelajarnya mencontohi keperibadian tokoh ilmuan Negara kita .Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Jasa utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

• Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara(Mapen) II.
• Pencetus idea penubuhan 
- Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad(Angkasa)
- Universiti Malaya 
- Akademi Islam
- Pusat Asasi Sains
- Pekanbuku.

 Amalan Profesor Diraja Ungku Aziz  adalah seperti berikut:

Makanan:
Sarapan yang diamalkan sejak berpuluh tahun ialah 4 biji kurma dan jambu batu. Kalau tiada jambu batu epal pun boleh. Nasi hanya dimakan sekali sehari pada waktu tengah hari. Waktu malam hanya makan ringan seperti sup.

Senaman:
Sebelum ni setiap hari wajib joging selama sejam. Tetapi setelah dinasihatkan doktor pada umurnya sekarang, dia hanya berjalan turun naik bukit selama sejam sehari.

Membaca:
Untuk pastikan otak terus cergas berfikir dan tidak nyanyuk, Profesor Diraja Ungku Aziz akan membaca buku yang mampu mencabar mindanya setiap hari.

Nasihat pengetua 
-pelajar harus mencontohi amalan 

Tuesday, 1 May 2012


PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS Perkara yang tidak  boleh dilakukan oleh
PRS
a. Pemudah cara dalam keadaan
terbuka,penuh kepercayaan rasa
selesa dan empati.
b. Menerima rakan dengan terbuka.
c. Mendengar,menjelas dan
membantu rakan melihat beberapa
alternatif sebelum membuat
keputusan.
d. Memberi sokongan dan galakan
untuk rakan mengambil langkah
positif.
e. Mematuhi kerahsiaan.
f. Menyedari bukan semua masalah
boleh diatasi
g. Berbincang dan membantu rakan
yang menghadapi masalah biasa
seharian.
h. Memimpin rakan melihat
masalahnya dengan objektif dan
menggalakkan mereka mencari
penyelesaian sendiri supaya
mereka belajar melalui
a. Mengawal,memberi khutbah atau
mendesak rakan tentang apa yang
harus mereka lakukan.
b. Membuat kesimpulan awal dan
cuba mengubah mereka.
c. Memberi nasihat atau memberi
cadangan penyelesaian untuk
diikuti.
d. Menyelamatkan rakan denmgan
membuat sesuatu yang sepatutnya
dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. Bercerita dengan orang lain.
f. Mengharapkan semua masalah
boleh diatasi dengan segera.
g. Berbincang dengan rakan yang
menghadapi masalah emosi
mendalam.
h. Bertindak menyelesaikan masalah
rakan.  80
pengalamannya.
i. Merujuk kes-kes yang berat
kepada guru bimbingan dan
menjadi jambatan kepada rakan
yang bermasalah untuk bertemu
dengan guru BK atau orang yang
lebih arif.
j. Menjalankan projek membantu
sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
k. Memberatkan kesajahteraan diri
dan memahami limitasi diri untuk
membantu.
i. Menghadapi sendiri masalah yang
runcing sehingga mengganggu
ketenteraman jiwa.
j. Menjalankan projek bersendirian
dan mengetepikan rakan lain.
k. Terlibat dengan masalah rakan
secara peribadi sehingga
mengganggu pelajaran dan


DEFINISI 

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai  seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. 

Saturday, 21 April 2012

Sekolah Ganti & Perasmian Minggu PPDA

Pada hari Sabtu ,21 April 2012..SMK Pendeta Za'ba bersekolah sempena Sekolah Ganti Aidil Adha. Pada jam 8 pagi,pelajar-pelajar dikumpulkan di perhimpunan sekolah dan di kehendaki masuk ke dalam dewan untuk membaca Surah Yaasin. Bacaan Surah Yaasin ini diketuai oleh Ustaz Sophian. Seusai membaca Surah Yaasin ini,pelajar-pelajar mendengar sedikit tazkirah dan kuiz agama daripada Ustazah Rahimah.
 




Tazkirah yang disampaikan oleh ustazah rahimah





Pelajar-pelajar mendengar tazkirah dengan khusyuk..

                                                                     



P              K
E              U
L               I
A              Z
J                
A              A
R              G
                 A
M             M
E              A
N
J
A
W
A





Selain itu,pelajar juga turut disajikan dengan slot bercerita Bahasa Inggeris. Slot bercerita ini,berjaya menarik minat pelajar. Slot ini disampaikan oleh Puan Hajah Badariah dan pengajaran untuk cerita slot Bahasa Inggeris ini dinyatakan oleh Puan Hajah Norlia iaitu Pengetua SMK Pendeta Za'ba. " Ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita dan ilmu juga yang akan menentukan masa hadapan kita", kata Pengetua. 

Di samping itu,minggu ini juga merupakan Minggu PPDA. Puan Hajah Norlia telah menyampaikan sepatah dua kata dan sekali gus merasmikan Minggu PPDA. 

Akhir sekali,pelajar-pelajar dan guru-guru berasa amat gembira dan terhibur dengan apa yang telah dirancangkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sempena Minggu PPDA ini. Saya berharap agar pelajar-pelajar SMK Pendeta Za'ba  rajin belajar dan ingatlah bahawa ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita. Dan ilmu juga yang akan menentukan hala tuju kita.




 


















Wednesday, 18 April 2012

Konsep Sekolah Penyayang

Bicara Pengetua


Konsep Sekolah Penyayang


Pada 16 April 2012....Pengetua PZ telah menceritakan tentang konsep sekolah Penyayang. Bagi beliau Sekolah Penyayang mampu melahirkan masyarakat penyayang. Konsep ini diterapkan untuk menjadikan semua warga sekolah memahami bahawa masih ada orang yang sayang pada mereka.Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai masalah yang ditimbulkan dalam kalangan pelajar.Antaranya ponteng sekolah ,buli ,melakukan vandalisme dan bercinta.hal-hal sebegini boleh menyebabkan  pelajar tersebut tidak mendapat memberi tumpuan dalam pelajaran. Jesturu itu Beliau berharap dengan program Penyayang ini dapat membantu pelajar yang bermasalah memahami semua warga sekolah ingin membantu mereka.


Menurut Duke Amiene 2007,Sekolah Penyayang membawa maksud sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah yang indah, mesra dan tenang.


Konsep Sekolah Penyayang mempunyai ciri-ciri  seperti berikut:-



  1. Berpengamalan budaya ilmu dan perhubungan kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan masyarakat penyayang dalam instisusi pendidikan. 
  2. Memupukan dan mendedahkan kepada pelajar mengenai soal-soal masa depan .
  3. Timbulkan sifat keprihatinan guru terhadap kebolehan dan keunikan setiap pelajar di sekolah. 
  4. Memdorong  Guru untuk belajar dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mendidik pelajar .
  5.  Pihak pentadbir  memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolah. 
  6. Pengetua memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika serta mengurangkan tekanan yang menghalang pelajar mahupun warga sekolah untuk hadir ke sekolah. 

Kesimpulannya....marilah kita sama -sama berusaha untuk menjadikan sekolah kita mempunyai iklim penyayang.Pepatah ada mengatakan kalau kita menyayangi orang  lain ,orang lain akan menyayangi kita juga.....fikir-fikirlah kawanku semua.


Monday, 9 April 2012

Bicara Pengetua....



Pada Isnin (2 April 2012) yang lalu, Pengetua SMK Pendeta Za'ba telah berkongsi cerita tentang kegigihan pengasas KFC. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman colonel ini banyak mendidik pelajar -pelajar PZ supaya berusaha gigih bagi mencapai sesuatu kecemerlangan . Menurut Pengetua pemilik ini mencapai kejayaan  untuk menjadikan produknya terkenal ketika ia berumur 65 tahun.Jadi beliau berharap  semua pelajar terus berusaha untuk mencapai kejayaan .

Kisah KCF



Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialahPepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Mesej;-
  1. Kejayaan tidak datang dengan mudah.
  2. Setiap manusia mempunyai potensi.
  3. Bina cita-cita dari awal.

Tuesday, 14 February 2012

Kursus Bahan Bantuan Mengajar

Pada hari sabtu yang lepas seramai 3 orang pelajar ahli PRS telah menyertai kursus Bahan Bantuan Mengajar bersama guru-guru SMK PZ.....Kursus ini bertujuan untuk membantu guru-guru dalam pengajaran mereka. Ahli PRS menyertai kerana dapat membuat Buletin PRS dari semasa ke semasa. Kursus ini telah bermula pada jam 8 pagi dan diakhiri pada jam 1 tengahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...