Selamat Datang Ke Blog Rasmi PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba

Sunday, 5 January 2014

Perjumpaan Pertama PRS Sesi 2014 (3.1.2014)



Aktiviti yang kami lakukan di Perjumpaan Pertama PRS Sesi 2014 ini ialah kami memilih pelajar yang sesuai untuk dilantik sebagai Pengerusi PRS, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Biro Sambutan, Biro PPDA, Menjaga Laman Sosial Facebook, dan Menjaga Blog PRS SMKPZ.

Selain itu, kami berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun 2014 ini. Perbincangan ini dibahagikan sebanyak 5 kumpulan iaitu kumpulan Pertama membincangkan aktiviti yang akan dilakukan pada bulan Januari dan Februari. Kumpulan Kedua pula membincangkan aktiviti pada bulan Mac dan April. Berikutlah seterusnya sehingga bulan Oktober.

Cikgu Farid juga sempat menerangkan kepada pemegang jawatan tugas-tugas yang akan mereka lakukan.


Wednesday, 13 June 2012

aku bekas pelajar pz yg baru abih spm......keputusan SPM aku ok gak arr......dapat gak 4A .Masa aku amik result tu .seronok sangat dengan keputusan yg aku dapat ni. Abis semua bornag aku isi.(seingat aku) . Pilihan pertama aku ingin sangat masuk UPNM .Teruja sangat nak masuk sane. Sampai cikgu Fahrid pesan kat aku turunkan berat badan ....supaya senang nanti nak interview . Aku ye kan aje ape yang dia cakap,buat x. Hati aku seronok sangat bila dapat surat dipanggil interview UPNM. Aku pergi balik jumpa ngan cikgu fahrid. Lapas tu cikgu fahrid telepon kawannya yg pernah terlibat dengan pemilihan UPNM, tapi sayang kawan dia dah pindah ke unit lain, soalan dia tanya BMI bdk tu berapa? Jadi cikgu fahrid tanya BMI aku berapa? Aku tanya balik BMI tu ape? bila cikgu fahrid tengok aku aje ,dia senyum aje( senyum sindir kot) kau boleh ..tu  pergi ler try......test. Besok aku pergi aje kat sane ..orang tu tengok BMI aku pu tak lepas..... sedih aku..huhuhuhuhu. Tapi aku rasa masih ada peluang lain sebab dalam upu ada 8 pilihan x kan satu pun taksangkutttttttttt.Aku sedapkan hati aku.
Sebulan ,dua bulan aku masih lagi menunggu macam menunggu buah durian yang gugur.....ahhhhhh tension betul bila masuk bulan 5 semua kawang-kawang dah dapat surat tawaran aku ,masih macam tu aje... pusing kanan,pusing kiri , tak tentu arah aku, mandi x basah tidur x lena..oooohhhhhhhhhh. macamne ngan nasib aku ni.Dapat ke tidak dug,dug,dug,dug,,,, jantung aku berbunyi bila nak chek upu .... bila buka aje laman web tu harap maaf nama anda tiada dalam senarai ( dukacita) aku.....macam nak jatuh aku rasa macam dah jadi budak downsindrom....... aku try lak buat rayuan sekali lagi........



Monday, 11 June 2012

NLP


Istilah “Neuro-linguistic Programming” atau biasa disingkat NLP dipilih dan diperkenalkan pertama kali oleh para pendirinya yaitu Richard Bandler dan John Grinder sebagai bentuk ekspresi keyakinan mereka tentang adanya hubungan erat antara proses neuro-logical, bahasa (linguistik), dan pola perilaku tertentu. Hubungan yang erat ini dapat dikelola dan di-“manipulasi” untuk mencapai suatu tujuan khusus dalam hidup.
Ketiga komponen yaitu neuro, linguistik, dan programming memiliki peran vital dalam menghasilkan pengalaman manusia. Sistem neurological mengatur bagaimana tubuh kita berfungsi, bahasa menentukan bagaimana kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain, program menentukan jenis model dunia yang kita ciptakan. Singkatnya, NLP menjelaskan dinamika fundamental antara pikiran (neuro) dan bahasa (linguistik), serta bagaimana keduanya mempengaruhi tubuh dan perilaku kita (programming).
Sesungguhnya, tidak ada definisi baku mengenai NLP kecuali berbagai pernyataan dari para pendiri maupun praktisi NLP, berikut ini adalah beberapa diantaranya:
“NLP adalah sebuah model yang sangat eksplisit dan powerful yang berkaitan dengan komunikasi dan pengalaman manusia. Dengan menggunakan prinsip-prinsip NLP kita dapat menjelaskan segala aktivitas manusia melalui suatu cara yang rinci sehingga memungkinkan kita menciptakan perubahan yang mendasar dan bertahan lama dengan cepat dan mudah” –  Steve Andreas, pengarang buku “Frogs into Princes”
“NLP adalah sebuah sikap dan suatu metodologi yang meninggalkan suatu jejak berupa teknik-teknik” – Richard Bandler, co-founder NLP
“NLP adalah suatu sikap yang harus dijalankan dengan rasa ingin-tahu, dengan keinginan untuk mengetahui berbagai hal, keinginan untuk mampu memengaruhi berbagai hal, serta keinginan untuk mampu memengaruhi hal-hal tersebut melalui suatu cara yang pantas” – Richard Bandler, co-founder NLP, dalam bukunya “Using Your Brain for a Change: Neuro-linguistic Programming”
“NLP adalah kajian mengenai struktur dari pengalaman subjektif” – Robert Dilts, NLP University
“NLP adalah suatu strategi pembelajaran yang dipercepat untuk pendeteksian dan pemanfaatan berbagai pola (perilaku manusia) di dunia” – John Grinder, co-founder NLP
Program Anda  Berhak Hebat.

Unit Bimbingan Kaunseling SMK Pendeta Za'ba telah menjemput En Jasmi Baharim (Kaunselor SMK ERT Rembau).Beliau merupakan seorang yang master dalam penggunaan  NLP.Beliau mengunakan pendekatan yang menarik dimana banyak aktiviti yang diadakan membabitkan peserta (dua hala). Antaranya adalah aktiviti imejeri , aktiviti cermin dan akses.

Aktiviti yang dilaksanakan berkisar cara mengubah pemikiran seseorang. Setiap orang itu berpeluang mengubah cara hidupnya sekiranya ia inginkan.Beliau berpendapat tiada orang yang dilahirkan pandai atau bodoh tetapi yang membezakan seseorang itu adalah dari sikap rajin dan malas seseorang itu.

Semoga semua peserta mendapat manafaat dari program yang dianjurkan . Program khas lain untuk peserta ini sedang diusahakan supaya pelajar ini menjadi harapan dan dapat memertabatkan ketahap Pendeta.

Wednesday, 16 May 2012

Bengkel Menjawab Sejarah

Pada hari Khamis,SMK Pendeta Za'ba telah menganjurkan Bengkel Teknik Belajar Sejarah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Pelajar semua tertarik dengan cara penyampaian penceramah iaitu,Encik Mohammad Hashim. Beliau telah merumuskan Sejarah bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3 boleh di kelaskan kepada 4 bahagian iaitu,


PETEMPATAN > KERAJAAN > PENJAJAHAN > KEMERDEKAAN 


PETEMPATAN = PALEOLITIK 




Cerita....PRS

Ibuku hanya memiliki satu mata. Aku membencinya, ia adalah sebuah hal yang memalukan. Ibuku mempunyai perniagaan kecil-kecilan di pasar .Dia mengumpulkan barang-barang bekas dan sejenisnya untuk dijual, apapun untuk mendapatkan wang yang kami perlukan. aku amat malu menjadi anak pengutip sampah!!!
Pada suatu hari di sekolah. Aku ingat saat itu hari ketika ibuku datang. Aku sangat malu. Mengapa ia melakukan hal ini kepadaku? Kenapa dia datang? kat mana aku nak letakkan muka aku iniAku melemparkan muka dengan rasa benci dan berlari. Keesokan harinya di sekolah.. “Ibumu hanya memiliki satu mata?” dan mereka semua mengejekku.
Aku berharap ibuku hilang dari dunia ini maka aku berkata kepada ibu aku,”Ibu, kenapa kamu tidak memiliki mata yang sempurna? Ibuku hanya akan menjadi bahan tertawaan. Kenapa Ibu tidak mati saja?” Ibu tidak menjawab. Aku merasa sedikit down, tetapi pada waktu yang sama, rasanya sangat baik bahwa aku telah mengatakan apa yang telah ingin aku katakan selama ini.
Mungkin itu karena ibu tidak menghukum aku, tetapi aku tidak berpikir bahwa aku telah sangat melukai perasaannya.
Malam itu, Aku terbangun dan pergi ke dapur untuk mengambil segelas air. Ibuku menangis disana, dengan pelan, seakan ia takut bahwa ia akan membangunkanku. Aku melihatnya, dan pergi. Karena perkataanku sebelumnya kepadanya, ada sesuatu yang mencubit hati aku.

Meskipun begitu, Aku membenci ibuku yang menangis dari satu matanya. Jadi, Aku mengatakan diri ku jikalau aku akan tumbuh dewasa dan menjadi sukses, karena aku membenci ibu bermata-satu aku dan kemiskinan kami.
Lalu aku belajar dengan keras. aku meninggalkan ibu dan ke Seoul untuk belajar, dan diterima di Universitas Seoul dengan segala kepercayaan diri. Lalu, aku menikah. aku membeli rumah milikku sendiri. Lalu aku memiliki anak-anak juga. Sekarang, aku hidup bahagia sebagai seorang pria yang sukses. aku menyukainya disini karena ini adalah tempat yang tidak meningatkan aku akan ibu.
Kebahagiaan ini menjadi besar dan semakin besar, ketika seseorang tidak terduga menjumpai aku “Apa?! Siapa ini?”… Ini adalah ibu aku.. tetap dengan satu matanya. Ini rasanya seperti seluruh langit sedang jatuh ke diri aku. Anak perempuan aku lari kabur, takut akan mata ibu aku.
Dan aku bertanya kepadanya, “Siapa Anda? aku tidak mengenalmu!!” sandiwara aku. aku berteriak kepadanya “Mengapa engkau berani datang ke rumah aku dan menakuti anak aku! Pergi dari sini sekarang juga!”
Dan ibu dengan pelan menjawab, “Oh, maafkan aku. aku pasti salah alamat,” dan dia menghilang. Terima kasih Tuhan.. Ia tidak mengenali aku. aku merasa cukup lega. aku mengatakan kepada diri aku bahwa aku tidak akan peduli, atau berpikir tentang ini sepanjang sisa hidup aku.
Lalu ada perasaan lega datang kepada aku.. Suatu hari, sebuah surat mengenai reuni sekolah datang ke rumah aku. aku berbohong kepada istri aku mengatakan bahwa aku akan pergi perjalanan bisnis. Setelah reuni ini, aku pergi ke rumah lama aku.. karena rasa penasaran saja, aku menemukan ibu aku terjatuh di tanah yang dingin. Tetapi aku tidak meneteskan satu air mata sekalipun. Ia memiliki sepotong kertas di tangannya.. dan itu adalah surat untuk diri aku.
=================================================
Anakku,
Aku pikir hidupku sudah cukup lama saat ini. Dan.. aku tidak akan mengunjungi Seoul lagi.. tetapi apakah itu terlau banyak jikalau aku ingin kamu untuk datang menunjungiku sekali-kali nak? aku sangat merindukanmu. Dan aku sangat lega ketika mendengar kamu akan datang dalam reuni ini.
Tetapi aku memutuskan untuk tidak datang ke sekolah.. Untuk Kamu.. aku meminta maaf jikalau aku hanya memiliki satu mata dan aku hanya membawa kemaluan bagi dirimu.
Kamu tahu, ketika kamu masih sangat kecil, kamu terkena sebuah kecelakaan, dan kehilangan satu matamu. Sebagai seorang ibu, aku tidak tahan melihatmu harus tumbuh dengan hanya satu mata.. maka aku memberikanmu mata aku.. aku sangat bangga kepada anak aku yang melihat dunia yang baru untuk aku, menggantikan aku, dengan mata itu.
Aku tidak pernah marah kepadamu atas apapun yang kamu lakukan. Beberapa kali ketika kamu marah kepada aku. aku berpikir sendiri,”Ini karena kamu mencintai aku.” Aku rindu waktu ketika kamu masih sangat kecil dan berada di sekitarku.
Aku sangat merindukanmu. Aku mencintaimu. Kamu adalah duniaku.

selamat hari guru.....

Selamat hari guru ...........

SMK Pendeta Za'ba telah menyambut hari guru peringkat sekolah dalam keadaan yang serba sederhana.Acara dimulakan dengan perarakan masuk para guru ke dewan Seri Pendeta. Perarakan masuk telah mendapat  tepukan yang gemuruh  pelajar -pelajarnya. Nyanyian lagu negaraku berkumandang memecah kesunyian pagi.kemudian diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan dari Ketua Pelajar ,Pengetua,Ucapan Pengarah Negeri dan ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Acara seterusnya  nyayian lagu selamat hari jadi dan  Guru Malaysia perbezaan pada tahun ini nyanyian lagu ini telah diiringi oleh band sekolah yang dipimpin oleh Cikgu Fadzli.Acara seterusnya adalah persembahan pelajar sekolah pendeta Za'ba seperti nyayian nasyid dari pendidikan khas, persembahan nyanyian solo, drama bahasa inggeris ,coral speaking ,bacaan sajak dan tarian . Persembahan ini adalah memberikan peluang kepada warga sekolah untuk menyaksikan kecemerlangan aksi mereka sewaktu mewakili sekolah.

selepas Rehat acara di teruskan dengan lintas lansung dari Kuala Kangsar bagi menyaksikan perasmian hari guru Peringkat Kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Kemudian acara diteruskan dari persembahan guru.Antara persembahan guru telah diketuai oleh GPK kokonya Pn Norhayati.Persembahan guru telah mengamatkan dewan dengan aksi -aksi spontan dari guru -guru. Acara di akhiri dengan menyampaikan anugerah Guru Penyayang Lelaki dan Perempuan .

PRS PZ mengucapkan tahniah kepada pengawas sekolah kerana telah berjaya mengajurkan program ini dengan jayanya. 

Wednesday, 2 May 2012



Hari ini pengetua Hj Norlea ada menceritakan perihal kehebatan ilmuan terkenal di Malaysia iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz. Beliau meminta semua pelajarnya mencontohi keperibadian tokoh ilmuan Negara kita .Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Jasa utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

• Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara(Mapen) II.
• Pencetus idea penubuhan 
- Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad(Angkasa)
- Universiti Malaya 
- Akademi Islam
- Pusat Asasi Sains
- Pekanbuku.

 Amalan Profesor Diraja Ungku Aziz  adalah seperti berikut:

Makanan:
Sarapan yang diamalkan sejak berpuluh tahun ialah 4 biji kurma dan jambu batu. Kalau tiada jambu batu epal pun boleh. Nasi hanya dimakan sekali sehari pada waktu tengah hari. Waktu malam hanya makan ringan seperti sup.

Senaman:
Sebelum ni setiap hari wajib joging selama sejam. Tetapi setelah dinasihatkan doktor pada umurnya sekarang, dia hanya berjalan turun naik bukit selama sejam sehari.

Membaca:
Untuk pastikan otak terus cergas berfikir dan tidak nyanyuk, Profesor Diraja Ungku Aziz akan membaca buku yang mampu mencabar mindanya setiap hari.

Nasihat pengetua 
-pelajar harus mencontohi amalan 

Tuesday, 1 May 2012


PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS Perkara yang tidak  boleh dilakukan oleh
PRS
a. Pemudah cara dalam keadaan
terbuka,penuh kepercayaan rasa
selesa dan empati.
b. Menerima rakan dengan terbuka.
c. Mendengar,menjelas dan
membantu rakan melihat beberapa
alternatif sebelum membuat
keputusan.
d. Memberi sokongan dan galakan
untuk rakan mengambil langkah
positif.
e. Mematuhi kerahsiaan.
f. Menyedari bukan semua masalah
boleh diatasi
g. Berbincang dan membantu rakan
yang menghadapi masalah biasa
seharian.
h. Memimpin rakan melihat
masalahnya dengan objektif dan
menggalakkan mereka mencari
penyelesaian sendiri supaya
mereka belajar melalui
a. Mengawal,memberi khutbah atau
mendesak rakan tentang apa yang
harus mereka lakukan.
b. Membuat kesimpulan awal dan
cuba mengubah mereka.
c. Memberi nasihat atau memberi
cadangan penyelesaian untuk
diikuti.
d. Menyelamatkan rakan denmgan
membuat sesuatu yang sepatutnya
dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. Bercerita dengan orang lain.
f. Mengharapkan semua masalah
boleh diatasi dengan segera.
g. Berbincang dengan rakan yang
menghadapi masalah emosi
mendalam.
h. Bertindak menyelesaikan masalah
rakan.  80
pengalamannya.
i. Merujuk kes-kes yang berat
kepada guru bimbingan dan
menjadi jambatan kepada rakan
yang bermasalah untuk bertemu
dengan guru BK atau orang yang
lebih arif.
j. Menjalankan projek membantu
sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
k. Memberatkan kesajahteraan diri
dan memahami limitasi diri untuk
membantu.
i. Menghadapi sendiri masalah yang
runcing sehingga mengganggu
ketenteraman jiwa.
j. Menjalankan projek bersendirian
dan mengetepikan rakan lain.
k. Terlibat dengan masalah rakan
secara peribadi sehingga
mengganggu pelajaran dan


DEFINISI 

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai  seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. 

Saturday, 21 April 2012

Sekolah Ganti & Perasmian Minggu PPDA

Pada hari Sabtu ,21 April 2012..SMK Pendeta Za'ba bersekolah sempena Sekolah Ganti Aidil Adha. Pada jam 8 pagi,pelajar-pelajar dikumpulkan di perhimpunan sekolah dan di kehendaki masuk ke dalam dewan untuk membaca Surah Yaasin. Bacaan Surah Yaasin ini diketuai oleh Ustaz Sophian. Seusai membaca Surah Yaasin ini,pelajar-pelajar mendengar sedikit tazkirah dan kuiz agama daripada Ustazah Rahimah.
 




Tazkirah yang disampaikan oleh ustazah rahimah





Pelajar-pelajar mendengar tazkirah dengan khusyuk..

                                                                     



P              K
E              U
L               I
A              Z
J                
A              A
R              G
                 A
M             M
E              A
N
J
A
W
A





Selain itu,pelajar juga turut disajikan dengan slot bercerita Bahasa Inggeris. Slot bercerita ini,berjaya menarik minat pelajar. Slot ini disampaikan oleh Puan Hajah Badariah dan pengajaran untuk cerita slot Bahasa Inggeris ini dinyatakan oleh Puan Hajah Norlia iaitu Pengetua SMK Pendeta Za'ba. " Ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita dan ilmu juga yang akan menentukan masa hadapan kita", kata Pengetua. 

Di samping itu,minggu ini juga merupakan Minggu PPDA. Puan Hajah Norlia telah menyampaikan sepatah dua kata dan sekali gus merasmikan Minggu PPDA. 

Akhir sekali,pelajar-pelajar dan guru-guru berasa amat gembira dan terhibur dengan apa yang telah dirancangkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sempena Minggu PPDA ini. Saya berharap agar pelajar-pelajar SMK Pendeta Za'ba  rajin belajar dan ingatlah bahawa ilmu itu amat penting dalam kehidupan kita. Dan ilmu juga yang akan menentukan hala tuju kita.




 


















Wednesday, 18 April 2012

Konsep Sekolah Penyayang

Bicara Pengetua


Konsep Sekolah Penyayang


Pada 16 April 2012....Pengetua PZ telah menceritakan tentang konsep sekolah Penyayang. Bagi beliau Sekolah Penyayang mampu melahirkan masyarakat penyayang. Konsep ini diterapkan untuk menjadikan semua warga sekolah memahami bahawa masih ada orang yang sayang pada mereka.Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai masalah yang ditimbulkan dalam kalangan pelajar.Antaranya ponteng sekolah ,buli ,melakukan vandalisme dan bercinta.hal-hal sebegini boleh menyebabkan  pelajar tersebut tidak mendapat memberi tumpuan dalam pelajaran. Jesturu itu Beliau berharap dengan program Penyayang ini dapat membantu pelajar yang bermasalah memahami semua warga sekolah ingin membantu mereka.


Menurut Duke Amiene 2007,Sekolah Penyayang membawa maksud sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah yang indah, mesra dan tenang.


Konsep Sekolah Penyayang mempunyai ciri-ciri  seperti berikut:-



  1. Berpengamalan budaya ilmu dan perhubungan kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan masyarakat penyayang dalam instisusi pendidikan. 
  2. Memupukan dan mendedahkan kepada pelajar mengenai soal-soal masa depan .
  3. Timbulkan sifat keprihatinan guru terhadap kebolehan dan keunikan setiap pelajar di sekolah. 
  4. Memdorong  Guru untuk belajar dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mendidik pelajar .
  5.  Pihak pentadbir  memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolah. 
  6. Pengetua memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika serta mengurangkan tekanan yang menghalang pelajar mahupun warga sekolah untuk hadir ke sekolah. 

Kesimpulannya....marilah kita sama -sama berusaha untuk menjadikan sekolah kita mempunyai iklim penyayang.Pepatah ada mengatakan kalau kita menyayangi orang  lain ,orang lain akan menyayangi kita juga.....fikir-fikirlah kawanku semua.


Monday, 9 April 2012

Bicara Pengetua....



Pada Isnin (2 April 2012) yang lalu, Pengetua SMK Pendeta Za'ba telah berkongsi cerita tentang kegigihan pengasas KFC. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman colonel ini banyak mendidik pelajar -pelajar PZ supaya berusaha gigih bagi mencapai sesuatu kecemerlangan . Menurut Pengetua pemilik ini mencapai kejayaan  untuk menjadikan produknya terkenal ketika ia berumur 65 tahun.Jadi beliau berharap  semua pelajar terus berusaha untuk mencapai kejayaan .

Kisah KCF



Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialahPepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Mesej;-
  1. Kejayaan tidak datang dengan mudah.
  2. Setiap manusia mempunyai potensi.
  3. Bina cita-cita dari awal.

Tuesday, 14 February 2012

Kursus Bahan Bantuan Mengajar

Pada hari sabtu yang lepas seramai 3 orang pelajar ahli PRS telah menyertai kursus Bahan Bantuan Mengajar bersama guru-guru SMK PZ.....Kursus ini bertujuan untuk membantu guru-guru dalam pengajaran mereka. Ahli PRS menyertai kerana dapat membuat Buletin PRS dari semasa ke semasa. Kursus ini telah bermula pada jam 8 pagi dan diakhiri pada jam 1 tengahari.

Monday, 6 February 2012

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?

 


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...